Thursday, 12 January 2012

Thursday, 25 August 2011

a new life begin~~

salam satu malaysia..dah lama aku x update blog ku ni..maklum la ...xda internet kat sni..sedih betul..hoho..skrng dah keje lagi lah xda masa nk online..huhu..apa boleh buat....skrng pon dah start keje..lagila...betul3  pening duk sni..mana lagi nk kena pkir sal transport...mmg lemah nk tggu gaji keluar..huhu..lambat betul gaji keluar..nk smpan duit ..huhu..raya oh raya..bbrpa hari lagi raya akan menjelma..aku ??..aku??..hahaha..tgok laptop je lah raya nnti..adess...agajk sdih bila 2 housemate aku balik kg ...yg sorang cuti seminggu lbih yang sorang lagi 1 hari..ok lah tu..dpt gak balik..xmcm aku ..alamatnya pakai baju raya ...ambil biskut raya dan makan smbil tgok movie dlm bilik..huhu..sadis gak arr tahun ni..tahun lpass dah la xblik masa raya haji..tahun ni lagilah..huk..apa boleh bertugas ...berkorban apa sahaja,.,,smpai cuti aku pon terkorban..=(,,skrg nk bercerita pasal kisah hidup aku plak..bermula 15 hb ogos bermulalah kehidupan baru aku di rumah ehsan ni..sbg staffnurse,,,huhu,,,duk sni..ok lah jugak..kawan ?adoi.,..semua dewasa..da kawin ada,,da tunang ada,,dah ada anak pon ada,,aku je remaja kot..hummm..mmg tensen ar jugak..jadi pendiam plak aku kat sana...xtahu nk sembang apa...bulan2 puasa dorang ni smbang sal kuih raya...sal baju raya anak..sal jaga anak..huhu..aku pon senyap je lah..lagi afdhal...huhu..semua paggil kakak..kakak sana..kakak sini..aku plak jdi adik bongsu kat sana..haha..lawak n so funny..padahal..aku lbih tggi pngkat dri mereka..huhu..apa boleh buat,,untung aku la kot jd staffnurse masa umur muda2 ni....tempat tinggal??ok la jugak..dekat sgt lah gini..cuma risau xda kereta...kerja kat sna?..ok lah jugak..cuma xdop bnyak pengalaman ,,,sabow jelah..kan baru masuk kerja,..nnti 2 tahun baru mintak tukar..huhu.papepon..slamat hari raya maaf zahir dan batim...(^__^)

Wednesday, 17 August 2011

selamat datang ke ALAM PEKERJAAN

Assalamualaikum..dah lama aku xupdate blog...dah la aku belajar jauh..lpastu dapat kerja plak kat SELANGOR...huhu..nsib22..betul2 merantau...dapat plak kat hulu selangor...tempat kerja ok jer..umah pon ok..tp xtahan nya susah nk kuar je..he\uhu..betul2 tension...kat rumah ehsan ni aku rasa ok je pon..bnyak org tua...haha..namanya pon rumah wargatua...penghuni nya mmg org tua lah..haha..mcm2 bngsa ada..nak tergelak pon ada gak...tgok pakcik makcik sorang2..lawak22

Saturday, 6 August 2011

P.E.R.P.I.S.A.H.A.N ( sisa perjalanan hidupku bersama teman seperjuangan )

2 Jun 2011


ting tong...berdering2 alarm handphone ku berbunyi..ringtone yg bersahaja dan bingit membuatkan  roomate ku agak rimass...bila ku menjenguk dengan muka ku yg berminyak dan tahi mata yg berselerak...rupa2nya dah pukul 7.30am...humm...aku teruss kasi off alarm ku dan sambung balik buat tahi mata..tiba2...satu announcement dibuat di kompleks kediaman kskb kk "PERHATIAN KEPADA SEMUA PELATIH...ANDA DIMINTA TURUN UNTUK GOTONG ROYONG SEKARANG"humm..hati kecilku berteriak...benci betul ni kolej...asyik paksa org la..malasss...mmg gitula adat lau hari sukan...hari ni mmg  MINGGU PENUTUPAN KOKORIKULUM SESI JANUARI 2011...jd aktiviti pada pagi adlah gotong royong....nak tak nak terpaksa jugak la bangun..huhu..lucu betul..punya malass aku ni..terpaksa jugak aku sms kat kawan2 aku ..calyn..zai..ticka : "eh..ko nk pakai baju sukan apa ni hari"..2 minit kawan ku membalas"ntahla..merah je kot"..ok..hari ni pakai baju  merah le..hehe..lama jugak ku bersiap nk pakai baju..huhu..rumet ku yg sememangnya suka buat hal sndiri terus berlalu tnpa berkata apa2...dlm hatiku"sabar la hanisah..xlama dah ni"..huhu..lum smpat aku pkai tudung tiba2 bunyi messege alert lagu nothing's gonna change my love versi remixx..kawan aku :"aniss aku tggu kat bawah..ko da siap??''..serba salah plak aku..dengan kelewatan aku dan kelembapan aku bersiap kdg2 membuat kan kawan ku terpksa menunggu aku ..hoho..namun dorang sabar je slalu...lantas ku membalas : "ermm.lambat ag kowt..p dulu ar ok??''..kawan aku 2 org ni mmg sporting gila..ok je dorang ni..cpat2 aku trun ngan baju merah aku n tudung pink..nk tak nak...aku kehulu kehilir cari port tuk gotong royong(ikut senarai nama )..humm..hampeh saja bila aku tya junior ni ckp xda gotong royong...humm..dalam hati  berdetik "s*** kolej..bagus aku sambung tidoo je td"haha..lpastu aku sms kawan aku ni..rupanya dorang kat library.."eh..pe hal plak ni dorang kat library"(dlm hati ku)...aku berjalan di lorong pejalan kaki sorang diri menuju ke library.. dari jauh ku dgr bunyi sorakan pelatih junior n pengajar yg turut menjayakan senamrobik..cewwaahh..mcm nk ikut je...tp xpelah..masa kami di library kawan aku sibuk cri bahan tuk induksi...waa...begitu smngat kawan2 aku ni..hoho..aku pon naik semangat skali tuk cari bahan....

haha..nilah pic yg berjaya aku snap kat library..yg sorang tu tekun membaca..huhu...miss u teman..=)


haha..ni gambar aku plak yg koyar sgt...haha..buruk tul muka aku..bnyak parut sana sini..=(

Selepass berada d library  ..kawan aku yg sorang ni xdpat ikut kami sama2 pada sesi ptg iaitu sesi penutupan minggu kokum..huhu..sbb laptop dia ada masalah kali lau aku ingat la..so ..aku ngan kawan aku yang sorang lagi ni pon sama2 la p makan d dewan makan,,huhu..lauk paling aku xleyh lupa dlm sjrah hidupku...lauk ayam masak kicap..tp xda rasa kicap..hoho..namun bila da campur ngan belacan yg makcik kantin jual (rm1.00 sebekas)..agak sedap kerana perutku mmg lapar sekali..ngeyh3...tepat jam 1.30pm..aku ngan kawan aku berjalan ke auditorium..huk2..xsabar2 rasa nk tengok persembahan...sem ni  minggu kokum diurus oleh semester 4 iaitu junior aku..hehe..boleyh tahan la dorang urus...agak bagus dari sem lepass..tema tarian dorang mcm2 lah..ada salsa..kindergarten,,japan style..mcm2 lah..tapi best la jugak..happening ..lawak pon ada..huhu..daripada karoeke time sampi ke tarian..huk3...sgt2 best..

Bila acara dah hampir tamat dan hanya tggal pengumuman keputusan  tarian dan karoeke dibuat ..tiba2 lampu dipadamkan..juruacara iaitu junior kami  memberitahu bahawa ada SUSPRICE  tuk akak2 senior yg da nk train out(kamilah)..huk3,,,ntah apalah susprice nya dorang ni..juruacara : "kakak2 sekalian cuba try cek di bahagian kerusi tpat kamu duduk itu..ada satu hadiah kami ltak(souvenier ) tuk kamu semua  ikut nama dan zodiak masing2."...huhu..bila kitaorg jumpa souvenier dan passing kat masing2 ikut nama...sgt2 terharu aku rasa...kami semua rasa sedih plak sbb masa kami tggal hnya bbrapa mggu untuk tggalkan kolej ini..dan hari tu jugak hari terakhir kami jumpa sama adik2 junior kami krn lusa mereka sudah start cuti..huhu..sedih sangat3..=((..huhu..tiba2 plak junior ni(juruacara ) suruh kami naik ke atass stage sebagai menghormati kami kerana kami mau jadi staffnurse sudah..huhu(sedih jugak)kena suruh menyanyi lagi..huk2..apa lah dorang ni..tapi suka jugak..haha.....lpass tu xtahu nk cerita apa..sbb nnti aku cerita nangiss plak.huhu..ni lah gambar kami masa time atass pentass..






huhu..nilah kesudahan nya...last2 semua kawan aku menangis samapi merah muka2..termasuk lah aku...baru aku tahu yg selama ni aku leka sgt sampai dlm xsedar  dah hampir 3 tahun kami bersama..huhu..bnyak kenangan manis dan pahit dilalui bersama..huhu..sesungguhnya kamu adalah yg terbaik pernah ku kenal...3 tahun bersama mengecapi ilmu dan menggapai sabuah kejayaan...sekarang masing2 hanya menunggu untuk dipanggil bertugass,,rindu kamu semua...JP JULAI 2008...salam perpisahan dariku..='(

Buat adik2ku junior kskb kk..walaupun aku x femes mana dlm kolej ni..aku mintak maaf bebanyak jika ada tersalah kata..terjeling..terpukul..termarah..terteriak..dan apa2 shjalah yg buat kamu terasa hati..pesanan ku semoga kamu bljar bagus2 dan menjadi jururawat yg cemerlang apabila suda train out nnti...hari tersebut adalaha hari perpisahan kami dgn adik2 junior kami yg akan bercuti semester...kami pula akan menduduki kursus induksi sepanjang adik2 kami bercuti..gonna missh u oll...="(




Friday, 5 August 2011

mengapa YAHUDI adalah bangsa paling BIJAK..??

saya tertarik untuk menyelongkar  BANGSA YAHUDI  sememangnya sangat KEJAM terhadap umat islam...ikuti kisah mereka yg saya ambil dri blog seseorg yg saya follow...


Mengapa Yahudi adalah bangsa yang bijak?
Setelah berada 3 tahun di Israel kerana menjalani housemanship dibeberapa hospital disana, ada beberapa perkara yang menarik dapat saya perhatikan untuk dijadikan tesis ini, iaitu "Mengapa Yahudi Bijak?". Memang tidak dapat dinafikan ramai cendikiawan berbangsa Yahudi, dari segala bidang, Engineering, musik, saintis dan yang paling hebat ialah bidang perniagaan, dimana ia memang paling tersohor. Hampir 70% perniagaan di dunia dikuasai oleh kaum Yahudi, dari kosmetik, pakaian, pemakanan, senjata, perhotelan, perfileman di Hollywood dan sebagainya.

Ketika tahun kedua, akhir bulan December 1980 dan sedang saya menghitung hari untuk pulang ke California saya terfikir apakah sebabnya kaum Yahudi begitu pintar? Kenapa tuhan memberi kelebihan kepada mereka? Apakah ini suatu kebetulan? Atau olah manusia sendiri? Adakah bijak boleh dijana? Seperti kilang pengeluaran? Maka saya pon tergerak membuat tesis untuk Phd saya, disamping kebaikan untuk umat sejagat dan dapat hidup secara harmoni. Untuk pengetahuan anda tesis yang saya lakukan ini mengambil masa hampir lapan tahun, ini kerana untuk mengumpulkan data-data yang setepat mungkin. Antara data-data yang saya kumpulkan ialah pemakanan, adat resam, ugama, persiapan awal untuk melahirkan zuriat dan sebagainya dan data data tadi saya cuba bandingkan dengan bangsa dan kaum kaum lain.

Marilah kita mulakan dengan persiapan awal melahirkan zuriat. Di Israel, setelah mengetahui yang sang ibu sedang mengandung, pertama kali saya perhatikan ialah, sang ibu akan sering menyanyi dan bermain piano dan si ibu dan bapa akan membeli buku metamatik dan menyelesaikan masalah metamatik bersama suami, saya sungguh hairan kerana teman saya yang mengandung sering membawa buku metamatik dan bertanya kepada saya beberapa soalan yang beliau tak dapat menyelesaikanya, oleh kerana saya memang minat tentang metamatik, tentu saja dengan senang saya bantu beliau. Saya bertanya kepada beliau, adakah ini untuk anak kamu? Beliau menjawab, "ia, ini untuk anak saya yang masih didalam kandungan, saya sedang melatih otak beliau, semuga ia menjadi genius apabila dewasa kelak" Perkara ini membuat saya tertarik untuk mengikut perkembangan beliau seterusnya. Berbalik kepada metamatik tadi, tanpa merasa jenoh beliau membuat latihan metamatik sehingga beliau melahirkan anak.

Seperkara lagi yang saya perhatikan ialah pemakanan beliau, sejak awal mengandung beliau gemar sekali memakan kacang badam dan korma bersama susu, dan untuk tengah hari makan utama beliau ialah roti dan ikan tanpa kepala bersama salad yang digaul dengan badam dan berbagai jenis kekacang, menurut beliau daging ikan sungguh baik untuk perkembangan otak dan kepala ikan mengandungi kimia yang tidak baik yang dapat merosakkan pengembangan dan penumbuhan otak anak didalam kandungan. menurut beliau ini adalah adat orang orang yahudi ketika mengandung dan ianya menjadi semacam kewajipan untuk ibu ibu yang sedang mengandung mengambil pil minyak ikan.

Ketika saya diundang untuk makan malam bersama orang orang Yahudi, perkara pertama yang saya perhatikan ialah menu mereka.. Setiap undangan yg sama perhatikan ialah mereka gemar sekali memakan ikan (hanya isi atau fillet) dan biasanya daging tidak akan ada bersama dimeja jika ada ikan, menurut mereka, campuran daging dan ikan tak elok dimakan bersama. Salad dan kacang adalah suatu kemestian, terutama badam.

Seperkara yang pelik ialah mereka akan memakan buah buahan dahulu sebelum memakan hidangan utama. Jangan terperanjat jika anda diundang kerumah Yahudi anda akan dihidangkan buah buahan dahulu. Menurut mereka, dengan memakan hidangan kabohidrat (nasi atau roti) dahulu kemudian buah buahan, ini akan menyebabkan kita merasa ngantuk dan lemah dan payah untuk memahami pelajaran disekolah.

Di Israel, merokok adalah taboo, apabila anda diundang makan dirumah Yahudi, jangan sekali kali merokok, dan tanpa malu mereka akan menyuruh anda keluar dari rumah mereka dam merokok diluar rumah mereka. Menurut saintis di Universiti Israel , siasatan menunjukkan nikotin dapat merosakkan sel utama pada otak manusia dan akan melekat pada genes, ini bermakna keturunan perokok bakal membawa generasi yg cacat otak ( bodoh atau lembab). Suatu penemuan yg dahsyat ditemui oleh saintis yg mendalami bidang genes dan DNA. Para perokok harap ambil perhatian. (Ironi nya, pemilik pengeluar rokok terbesar adalah ...... tekalah sendiri..!)

Perhatian saya selanjutnya ialah melawati tadika mereka, Pemakanan anak anak tadi cukup dikawal, makanan awal ialah buah buahan bersama kacang badam, diikuti dengan menelan pil minyak ikan (code oil lever) Didalam pengamatan saya, kanak Yahudi sungguh bijak dan rata rata mereka memahami 3 bahasa iaitu Hebrew, Arab dan Inggeris dan sedari awal lagi mereka telah dilatih bermain piano dan violin, ini adalah suatu kewajipan. Menurut mereka bermain musik dan memahami nota notanya dapat meningkatkan lagi IQ kanak kanak dan sudah tentu bakal menjadikan budak itu bijak. Ini menurut saintis Yahudi, gegaran musik dapat stimulate (semacam senaman untuk otak) maka itu terdapat ramai sekali genius musik terdiri dari kaum Yahudi.

Seterusnya ke darjah 1 hingga 6, anak anak Yahudi akan diajar matematik berkonsepkan perniagaan dan pelajaran sains amatlah diberi keutamaan. Di dalam perhatian peribadi saya, perbandingan dengan anak anak di California, ianya jauh berbeza tentang IQ dan boleh saya katakan 6 tahun kebelakang!! !. Segala pelajaran akan dengan mudah di tangkap oleh anak Yahudi. Selain dari pelajaran tadi sukan juga menjadi kewajipan bagi mereka dan sukan yg diberi keutamaan ialah memanah, menembak dan berlari, menurut teman saya ini, memanah dan menembak dapat melatih otak mem fokus sesuatu perkara disamping mempermudahkan persiapan untuk perhidmatan negara.

Selanjutnya pemerhatian saya menuju ke sekolah tinggi (menengah) di sini murid-murid ditekan dengan pelajaran sains dan mereka digalakkan mencipta produk. Segala projek mereka walaupon kadangkala kelihatannya lucu dan mengarut, tetap diteliti dengan serius apatah lagi ianya berupa senjata, perubatan dan engineering, idea itu akan dibawa ke institute tinggi di Politeknik dan Universiti.

Satu lagi yang diberi keutamaan ialah fakulti perniagaan. Saya sungguh terperanjat melihat mereka begitu agresif dan seriusnya mereka tentang perniagaan. Di akhir tahun di universiti, para penuntut dibidang niaga dikehendaki melakukan projek dan mempraktikkannya dan anda hanya akan lulus jika kumpulan anda (10 pelajar setiap kumpulan) dapat keuntungan sebanyak $US1juta! Anda terperanjat? Itulah kenyataan, dengan rangkaian seluruh dunia dan ditaja sepenuhnya oleh syarikat milik Yahudi, maka tidak hairanlah mereka dapat menguasai ½ perniagaan didunia! Siapakah yg mencipta design Levis yg terkini? Ianya dicipta di Universiti Israel oleh fakulti bisnes dan fesyen.

Pernahkah anda melihat cara orang Yahudi melakukan ibadah mereka? Salah satu caranya ialah dengan menggoyangkan kepala mereka, menurut mereka ini dapat mengaktifkan otak mereka dan menambahkan oksijan dikepala, banyak ugama lain di Timur Tengah, seperti Islam juga ada menyuruh umatnya menunduk atau menggoyangkan kepala, ini guna dapat mensimulasikan otak kita supaya bertambah aktif. Lihat orang orang Jepun, mereka sering menunduk-nundukkan kepala dan ianya sebagai adat. Ramai orang orang Jepun yg pandai? Adakah ianya sebagai kebetulan? Kegemaran mereka ialah sushi (ikan mentah). Adakah ini kebetulan? Fikirkanlah!

Berpusat di New York, Dewan Perniagaan Yahudi bersedia membantu mereka yg berminat untuk melakukan bisnes (sudah tentu untuk Yahudi sahaja). Jika mereka ada idea yg bernas, jawatan kuasa akan memberi pinjaman tanpa faedah dan pentadbir dari jawatan kuasa tadi akan bekerjasama dengan anda untuk memastikan yg perniagaan mereka menurut landasan yg betul. Maka itu lahirlah Starbuck, Dell, Coca cola, DKNY, Oracle, Perfileman di Hollywood, Levis, Dunkin Donut dan ada beratus kedai ternama dibawah naungan dewan perniagaan Yahudi di New York. Graduan Yahudi dari fakulti perubatan New York akan disarankan untuk mendaftar dipersatuan ini dan digalakkan memulakan klinik mereka sendiri dengan bantuan wang tanpa faedah. Barulah saya tahu mengapa hospital di New York dan California sentiasa kekurangan doktor pakar.

Kesimpulannya, pada teori saya, melahirkan anak dan keturunan yg bijak boleh dilaksanakan dan tentunya bukan semalaman, ianya memerlukan masa, beberapa generasi mungkin? Persiapan awal adalah ketika sang ibu mengandung, galakkanlah si ibu melakukan latihan matematik yg mudah tetapi konsisten di samping mendengar musik klasik (bagi umat Islam lebih baik diperdengarkan bacaan ayat suci Al-Quran - admin). Seterusnya ubahlah cara pemakanan, makanlah makanan yg elok dan berkhasiat yg baik untuk otak, menghayati musik sejak kecil adalah baik sekali untuk pertumbuhan otak kanak kanak, dengan bermain piano dan violin sudah tentu dapat melatih anak anak mencerdaskan otak mereka. Demikian juga sukan yg memerlukan kosentrasi yg tinggi, seperti memanah, bola keranjang, dart dan menembak. Merokok menjanjikan generasi yg moron (goblok) dan sudah tentu genes bodoh akan mengikut ke generasi si perokok. Lawatan saya ke Singapore pada tahun 2005 amat memeranjatkan sekali! Di sini perokok seperti di anak tirikan dan begitu susah sekali untuk perokok, dan anda tahu berapa harga sekotak rokok? US$ 7 !!! ini bersamaan perbelanjaan sehari untuk makan anda!! Saya puji sekali sikap pemerintah Singapore dan menakjubkan sekali!!! Dan seperti Israel ianya begitu taboo dan cara pentadbiran dan segi pembelajaran mereka hampir serupa dengan Israel , maka itu saya lihat banyak institusi pelajaran mereka bertaraf dunia walaupun hakikatnya negeri Singapore hanyalah sebuah pulau sebesar Manhattan !!

Anda mungkin musykil, benarkah merokok dapat melahirkan generasi goblok? Saya telah menemui beberapa bukti menyokong teori ini. Lihat saja Indonesia, jika anda ke Jakarta, di mana saja anda berada, dari restoran, teater, kebun bunga hingga ke muzium, hidung anda akan segera terbau asap rokok! Dan harga rokok? Cuma US$ .70cts !!! dan hasilnya? Dengan penduduknya berjumlah jutaan orang berapa banyakkah universiti terdapat di sana? Hasil apakah yg dapat dibanggakan? Teknologi? Jauh sekali. Adakah mereka dapat berbahasa selain dari bahasa mereka sendiri? Mengapa mereka begitu sukar sekali menguasai bahasa Inggeris? Ditangga berapakah kedudukan mereka di pertandingan matematik sedunia? Adakah ini bukan akibat merokok? Anda fikirlah sendiri.

Di tesis saya ini, saya tidak akan menimbulkan soal ugama atau bangsa, adakah Yahudi itu zalim sehingga diusir dari semenjak zaman Paraoh hingga ke Hitler, bagi saya itu isu politik dan survival, yg ingin saya ketengahkan ialah, mampukah kita dapat melahirkan generasi yg bijak seperti Yahudi? Jawapannya ialah mungkin dan tidak mustahil dan ianya memerlukan perubahan, dari segi pemakanan dan cara mendididik anak dan saya kira hanya memerlukan 3 generasi sahaja. Ini dapat saya lihat sendiri tentang cucu saya, ini setelah saya mengajar anak saya melalui program yg telah saya nyatakan di atas tadi, pada umur 9 tahun (cucu saya) dia dapat menulis esei sepanjang 5 mukasurat penuh. Eseinya hanyalah mengenai 'Mengapa saya gemarkan tomato! ' Selamat sejahtera dan semuga kita dapat melahirkan manusia yg bijak dan bersifat mulia untuk kebaikan manusia sejagat tanpa mengenal batasan bangsa.

Penulis : Dr. Stephen Carr Leon
Di alih bahasa oleh :Adibah Mohd NoorMatriculation Lecturer, Department of SciencesUIA Matriculation Centre, Petaling Jaya, Selangor.

Chuck Hustler Note : Pada aku, artikel nie sangat menarik untuk memajukan bangsa kita sendiri. Wallahualam.



Read more: http://chichakx.blogspot.com/2010/08/mengapa-yahudi-adalah-bangsa-yang-bijak.html#ixzz1UDtNMKhv

Kesilapan ibu bapa dalam mendidik anak2 ( pedoman )

KEGAGALAN DALAM MENDIDIK AGAMA

kegagalan ibu dan bapa menjadikan agama sebagai teras dalam pendidikan anak-anak.
Agama membawa kepada keseimbangan antara fizikal dan spiritual. Antara pembangunan akhlak dan kecemerlangan akademik. Antara dunia dan akhirat.
Tanpa agama, anak-anak ibarat ditinggalkan di lorong yang gelap tanpa pedoman untuk diikuti.
Sering kali berlaku, ibu bapa yang bersungguh-sungguh memarahi anak yang mendapat nombor yang corot dalam peperiksaan, tetapi hanya buat selamba abapila mengetahui anaknya meninggalkan solat dengan sengaja.
Tak kurang juga ibu bapa yang sangat mengambil berat soal makan-minum anak-anak tetapi, mengabaikan terus 'makanan' rohani anak-anak yang sentiasa 'lapar' dan 'dahagakan' petunjuk agama.
Ada juga ibu bapa yang membiarkan anak-anak bergaul bebas lelaki perempuan dengan alasan ia adalah 'kebiasaan budak-budak zaman sekarang', tanpa peka dengan batasan syariat yang menuntut kawalan pergaulan antara jantina berbeza.
Ringkasnya, pengabaian agama merupakan kesilapan terbesar dalam pendidikan anak-anak.
MENDIDIK   TANPA  BELAS IHSAN

Selain itu, kesilapan juga berlaku apabila ibu bapa mendidik anak tanpa perasaan belas ihsan.
Dr Abdullah Nasih Ulwan menyebut bahawa terdapat anak-anak yang diperlaku denganperlakuan yang keras sehingga menyebabkan anak-anak tertekan, kecewa, punah harapandan ada yang membunuh diri.
Tidak dinafikan terdapat ibu bapa yang 'mendidik' anak berbekalkan luapan emosi marah tidak terkawal sehingga ada yang memaki hamun, menghina, memukul dan membelasah anak sendiri.
Bahkan kes-kes penderaan anak masih kerap didengari sehingga hari ini.
Kekerasan melampau ke atas anak-anak ini membuahkan kekacauan jiwa anak-anak. Hal ini juga ada kaitannya dengan faktor anak-anak enggan berada di rumah.
Bagi mereka 'Rumahku Nerakaku'.
Mereka lebih bahagia dan damai bila berada dengan rakan-rakan, yang kadang-kadang membawa mereka ke kancah kemusnahan kekal.
Bagi si ibu dan bapa, perlu diingat bahawa mereka mempunyai tanggungjawab untuk berbuat baik kepada anak-anak kerana anak adalah amanah dari Allah SWT. 
"Sesungguhnya Allah menyuruh menjalankan keadilan, berbuat baik, dan memberi kepada kaum kerabat." (Surah an-Nahl:90)
Sabda Rasulullah SAW:
"Sekiranya Allah inginkan kebaikan bagi sesebuah keluarga, maka diberikan sifat belas kasihan kepada mereka. Dan andainya sifat belas kasihan itu suatu ciptaan (yang boleh dilihat), nescaya semua manusia akan memandangnya sebagai sebaik-baik ciptaan dari Allah. Dan sekiranya kekerasan itu adalah satu ciptaan (yang boleh dilihat), nescaya semua manusia akan memandangnya sebagai seburuk-buruk ciptaan dari Allah." - Riwayat Ahmad dan Al-Baihaqi

Terlalu Memanjakan Anak-Anak
Selain itu, kesilapan juga berlaku apabila ibu bapa terlalu memanjakan anak-anak.
Ada ibu bapa yang berat untuk menghukum dan menegur anak-anak semata-mata takutkan anak itu merajuk.
Kuasa merajuk anak itu diberikan sedemikian rupa sehingga anak itu berjaya memanupulasikannya sebagai senjata untuk mengugut ibu bapa.
Tidak salah untuk memanjakan mereka. Memang anak-anak perlukan kemanjaan dan kasih sayang.
Namun, tindakan yang salah ialah terlalu memanjakan anak dengan tidak menetapkan disiplin dan sempadan ke atas anak-anak.
Akhirnya anak itu menjadi terlalu bebas, dan gagal dididik dangan teratur dan berprinsip.

W.A.N.I.T.A

Untukmu Hawa :
Jadilah Hawa yang tinggi dengan didikan agama, merendah diri dengan akhlak terpuji dan baik hati. Jadilah Hawa yang menjaga aurat dan maruah diri dari sewenang-wenangnya dilihat ajnabi. Jadilah Hawa yang sentiasa haus akan ilmu nasihat dan teguran sebagai persiapan menjadi Hawa yang solehah untuk seorang yang sah bergelar suami. Jadilah juga seorang Hawa yang bisa menjadi anak, ibu dan isteri yang solehah serta hamba Allah yang beriman dan bertaqwa seperti yang diidamkan oleh Adam.